TENTANG PAYSA

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Sabak Bernam (PAYSA) telah ditubuhkan pada awal tahun 2007 melalui satu mesyuarat yang diilhamkan oleh allahyarham Ustaz Haji Ayub Bin Mohamad yang juga merupakan Yang Diprtua PAYSA dan telah didaftarkan kepada pihak Pendaftaran Pertubuhan Peringkat Negeri Selangor. Buat pengetahuan tuan/puan allahyarham telah meninggal dunia pada 25 Julai 2013. 

Atas dasar tanggungjawab, prihatin dan kasih sayang terhadap nasib anak-anak yatim dan miskin allahyarham tekad merancang untuk menubuhkan Pertubuhan ini. Dibina di atas tanah seluas 4 ekar di Kampung Parit 4 Sekinchan dan telah beroperasi pada awal tahun 2008. Sehingga kini terdapat 2 buah bangunan yang telah siap dibina serta sebuah surau. Walaubagaimanapun pembinaannya belum siap sepenuhnya dan pihak PAYSA amat memerlukan dana dan mengharapkan sumbangan dari mana-mana individu atau pihak yang ingin sama membantu kami memperjuangkan nasib anak-anak yang memerlukan ini. Buat pengetahuan tuan/puan juga PAYSA adalah pertubuhan persendirian yang mendapat dana atau sumbangan pelbagai bentuk daripada orang ramai.

Bersama-samalah kita berganding bahu agar nasib anak-anak PAYSA ini  terbela serta terjaga. 

" Hal kebajikan anak yatim yang ditadbir dengan pengurusan cemerlang termasuk sebahagian daripda fardu kifayah iaitu ibadat yang dituntut oleh ALLAH S.W.T "

                                  NO AKAUN BANK ISLAM PAYSA :
                                      12083 010 020 379

No comments:

Post a Comment