Monday 27 April 2015

ULANGTAHUN KELAHIRAN


Alhamdulilah dengan rezekiNya kami semua telah meraikan hari ulangtahun kelahiran untuk dua orang anak di Paysa ini, Najihah 14 tahun dan Azmi 12 tahun. Meskipun diraikan dengan hanya memotong kek tetapi anak2 ini sangat gembira.

"terima kasih ibu dan rakan2 sbb ingat birthday jiha" - Najiha

"Tak sangka korang ingat hari jadi kita" - Azmi

Melihat anak2 ini gembira, kami juga turut gembira. Buat pengetahuna tuan & puan pihak kami akan meraikan ulangtahun kelahiran anak2 di sini mengikut bulan kelahiran mereka. Sebagai contoh bagi anak2 yang lahir pada bulan April, mereka akan diraikan bersama. Ini dapat melahirkan perasaaan kasih sayang antara penghuni Paysa serta mengelakkan perasaan duka mereka yang tidak mempunyai ayah atau ibu.





Saturday 25 April 2015

SUMBANGAN UNTUK ANAK2 YATIM

Seperti yang kita ketahui bulan ramadhan bakal tiba tidak lama lagi. Oleh itu pihak kami amat berharap agar pihak tuan & puan di luar sana dapat menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban kami. Sumbangan yang diharapkan bukan berupa wang ringgit semata, tetapi barang keperluan anak2 disini seperti beras, susu, gula dan sebagainya.

Selain itu kami juga mengalukan sesiapa yang ingin menaja baju raya untuk anak2 disini.Kami juga amat berbesar hati kepada pihak yang ingin berbuka puasa bersama anak2 di rumah PAYSA ini atau membawa mereka berbuka puasa di luar.

Sekecil-kecil sumbangan sehingga sebesar-besar sumbangan sangat kami hargai. Semoga kita semua sentiasa diberkati Allah dan dimurahkan rezeki hendaknya.

Monday 10 February 2014

Pembuka Bicara

Assalamualaikum w.b.t.....



paysasb.blogspot.com ini adalah blog tentang Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Sabak Bernam yang bertempat di Sekinchan, Selangor. Segala kegiatan atau aktiviti pelajar2  akan di "update" di blog ini untuk pengetahuan dan makluman tuan/puan.



Dengan ada nya laman sosial seperti blog ini mudah lah untuk tuan/puan mengetahui serba sedikit tentang pelajar2 di sini. Sekian terima kasih :)